Wednesday, August 12, 2009

Buku Pelawat - Tan Sri Dato' Elyas Omar

Tan Sri, Puan Sri, Cik Norhana, Kakak Puan Sri dan Abang Ipar Puan Sri
Baru-baru ini Tan Sri Dato' Elyas Omar, bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, dan keluarga telah mengunjungi ladang kami. Thank you lah Tan Sri, for the honour.

Friday, July 31, 2009

Anugerah Usahawan Penternak Bukan Ruminan Jaya

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menganugerahkan kami Anugerah Usahawan Bukan Ruminan Jaya bersempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Pahang D.M. Tahun 2009.

Tahniah semua staf Bestari Bersatu Sdn. Bhd. terutama sekali staf di ladang.



Dan terima kasih kepada staf-staf Jusco, Isetan, Cold Storage, Country Farm, Ecogreen dan stokist-stokist lain, for your support!

Saturday, July 18, 2009

Isetan Menawarkan Ayam DQ











Isetan sentiasa mengesyorkan ayam kami kepada pelanggan mereka.

Isetan merupakan sebuah pasaraya Jepun yang terletak di KLCC yang bertumpuan pelanggan dari luar negara (orang Jepun, Taiwan, Korea, Singapore dll.)

Wednesday, June 10, 2009

Ayam Kampung Al Masyhur Di Isetan, KLCC

Baru baru ini satu 'Korean Food Fair' diadakan di Isetan, KLCC. Ayam kampung kami dipilih untuk memasak speciality orang Korea, iaitu 'Korean Ginseng Chicken'.

Hanya bahan bahan yang bermutu tinggi dan berkhasiat, termasuk ayam kampung kami, digunakan untuk memasak sup 'Korean Ginseng Chicken' ini.














Ginseng 'top grade' dari Korean digunakan.



























Herba herba lain yang digunakan untuk membuat sup tersebut.
















Ayam Kampung Al Masyhur kami, diperakui 'top quality' oleh orang Korea dan Jepun.














Jenama-jenama lain kami yang dijual di Isetan.















Staf Isetan yang sentiasa ceria.
















'Korean Food Fair' dilangsungkan di Isetan dari 29 May sampai 17 June.

Monday, April 20, 2009

Seri Perdana

Semalam (20/4/09) adalah hari terakhir saya melawati "Seri Perdana". Saya berasa sangat terharu kerana sudah bertahun-tahun saya berkunjung ke sini untuk menghantar ayam organik, kambing dan durian.
















Di ruang legar dalam rumah Pak Lah















Puan Mardiah (Kiri) dan Puan Kamsiah (Kanan) dalam Ruang Tamu Melayu. Kelihatan koleksi tongkat Pak Lah di belakang. Pn. Kamsiah (Kak Kam) adalah pembantu utama dalam pengurusan admin Seri Perdana.

Bersama Pn. Mardiah (Pembantu Peribadi Tun Jeanne) di Bilik Koleksi Crockery.














Koleksi Baju Kebaya di Ruang Tamu Nyonya.





















Ruang Legar Tengah di aras bawah Seri Perdana















Ruang Tamu Utama untuk tetamu terhormat. Banyak koleksi antique dari negara Cina dan Jepun.














Saturday, April 18, 2009

Resepi Warisan - Lontong Daun Pisang Batu

Lontong dibuat secara tradisional kini sukar didapati. Lontong bukan nasi impit atau ketupat.














Cara-cara menghasilkannya:

Ambil daun dari pokok pisang batu / sematu / nipah (bergantung dari negeri mana anda berada).

Memakai daun pisang batu dapat menghasilkan warna yang sangat hijau semulajadi dan wangi. Daun pisang lain boleh dipakai tetapi tidak dapat menghasilkan warna hijau dan kekurangan wangi.

Cuba dapatkan daun dari ladang organik. Jika dari ladang biasa, banyak ubat kulat di pakai.

Buah pisang batu berbentuk 3 segi dan bertompok-tompok hitam








Pokok pisang batu sangat tinggi. Diladang kami mencapai ketinggian 30 kaki. Kami banyak menanam pokok-pokok ini untuk meredupkan ayam-ayam kami di padang rumput. Pisang ini lebih enak di masak (di goreng) daripada terus memakan mentah.









Jantung pisang batu di ladang kami besar dan mencapai 18 inci panjang







Ambil 2 atau 3 helai daun dan terus menggulong dengan menggunakan acuan (botol, paip PVC dan sebagainya). Ini di namakan kelongsong. Pastikan kelongsong di gulung 3 atau 4 kali, ini kerana beras tidak akan keluar sewaktu proses merebus. Keluarkan acuan dan buat lipatan di bahagian hujung dengan memakai lidi atau menjahit (supaya tidak cepat basi).
















Daun pisang batu dapat menghasil kan warna hijau pekat dan nasi kelihatan padat seperti pulut.
Isikan kelongsong ini dengan beras 30% atau 40% panjang kelongsong. Pastikan beras dicuci dan ditoskan sebelum dimasukkan ke dalam kelongsong. (Buat satu cubaan dahulu kerana lain-lain jenis beras mempunyai cirri-ciri perkembangan yang lain.)

Kemudian lipat di bahagian hujung dengan menggunakan lidi / menjahit. Terus merebus di dalam periuk “stainless steel” 3 atau 4 jam. (Jangan memakai periuk aluminium kerana warna hijau tidak akan kelihatan).

Keluarkan dan tapiskan. Sesudah sejuk boleh di potong dan di jamah. Simpan di tempat redup dan kering, boleh tahan selama 3 hari (pastikan di tiap penghujung tidak lembut). Simpan di dalam peti sejuk selama 10 hari.




















Hidangkan dengan rendang, sambal, kari, kuah kacang, masak lemak, ‘stew’ ayam / daging ala cina atau Western.